Temuduga Kemasukan Pelajar IQSA Sesi 2019/2020

3 April 2019, 10:04 am Written by 
Published in Blog
Read 7664 times

Sesi temuduga kemasukan bagi calon pelajar baharu Institut Al-Quran Sayyidina Ali telah diadakan pada 3 April 2019 bermula dari jam 9.00 pagi ke 2.00 petang.

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Pengendalian sesi ini dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama para calon akan menduduki ujian bertulis dalam Bahasa Arab dan Tajwid sebelum melangkah ke peringkat kedua iaitu sesi temuduga lisan.

Pada tahap kedua, para calon diberikan soalan tasmik (Ayat Hafazan) untuk dihafal selama 1 jam dan kemudiannya tasmik di hadapan panel dan seterusnya ditanyakan beberapa soalan pengetahuan am. Pada tahun ini seramai 64 orang calon yang memohon untuk memasuki IQSA dengan 49 orang calon dari 64 orang yang hadir pada sesi temuduga hari ini. Semoga berjaya diucapkan buat calon pelajar dan semoga bertemu di IQSA pada kemasukan bulan Mei 2019.

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor

 

Rate this item
(0 votes)