Majlis Perasmian Program Minggu Taaruf Huffaz Institut Al-Quran Sayyidina Ali Sesi Mei 2019

16 May 2019, 2:23 pm Written by 
Published in Blog
Read 1980 times

Sekitar Majlis Perasmian Program Minggu Taaruf Huffaz Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA sesi Mei 2019 sempena kemasukan mahasiswa/i baru.

Majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini telah dirasmikan oleh Wakil Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIM Us Mokhtar Bin Mahadi dan Pengetua Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA, Us Usamah Bin Mohamad Muhsin turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Image may contain: 3 people, people standing

Majlis Pembukaan Minggu Ta’aruf juga diserikan dengan bacaan Tarannum dari Us Husni Bin Ali Hassan (Pensyarah IQSA) dan persembahan Qasidah dari para pelajar Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA.

Pada Majlis tersebut, para Mahasiswa/i telah diberikan beg sebagai satu simbolik penerimaan pelajar baru. Tahniah diucapkan kepada para mahasiswa/i baru Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA

Image may contain: 14 people, indoor

Rate this item
(0 votes)