Sekitar Majlis Perasmian Program Minggu Taaruf Huffaz Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA sesi Mei 2019 sempena kemasukan mahasiswa/i baru.

Majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini telah dirasmikan oleh Wakil Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIM Us Mokhtar Bin Mahadi dan Pengetua Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA, Us Usamah Bin Mohamad Muhsin turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Image may contain: 3 people, people standing

Majlis Pembukaan Minggu Ta’aruf juga diserikan dengan bacaan Tarannum dari Us Husni Bin Ali Hassan (Pensyarah IQSA) dan persembahan Qasidah dari para pelajar Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA.

Pada Majlis tersebut, para Mahasiswa/i telah diberikan beg sebagai satu simbolik penerimaan pelajar baru. Tahniah diucapkan kepada para mahasiswa/i baru Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA

Image may contain: 14 people, indoor

Temuduga Kemasukan Pelajar IQSA Sesi 2019/2020

3 April 2019, 10:04 am
Published in Blog

Sesi temuduga kemasukan bagi calon pelajar baharu Institut Al-Quran Sayyidina Ali telah diadakan pada 3 April 2019 bermula dari jam 9.00 pagi ke 2.00 petang.

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Pengendalian sesi ini dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama para calon akan menduduki ujian bertulis dalam Bahasa Arab dan Tajwid sebelum melangkah ke peringkat kedua iaitu sesi temuduga lisan.

Pada tahap kedua, para calon diberikan soalan tasmik (Ayat Hafazan) untuk dihafal selama 1 jam dan kemudiannya tasmik di hadapan panel dan seterusnya ditanyakan beberapa soalan pengetahuan am. Pada tahun ini seramai 64 orang calon yang memohon untuk memasuki IQSA dengan 49 orang calon dari 64 orang yang hadir pada sesi temuduga hari ini. Semoga berjaya diucapkan buat calon pelajar dan semoga bertemu di IQSA pada kemasukan bulan Mei 2019.

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor

 

Institut Al-Quran Sayyidina Ali akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Sempena Memperingati Mantan Pengetua IQSA pada ketentuan berikut :

Tarikh : 17hb Februari 2019

Masa   : 6.00 Petang

Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Sayyidina Ali

Program Solat Hajat Bersama Warga IQSA

7 February 2019, 12:31 pm
Published in Upcoming Events

Sukacita Dimaklumkan bahawa Institut Al-Quran Sayyidina Ali akan mengadakan Solat Hajat pada ketentuan berikut:

Tarikh: 7 Februari 2019 

Masa: 7.00 malam hingga selesai

Tempat: Masjid Sayyidina Ali

 

Majlis Perwakilan Pelajar IQSA(MPP) Sesi 2017/2018

27 September 2013, 5:25 pm
Published in Blog

Jumaat (30 November 2018) telah berlangsungnya satu Majlis Perwakilan Pelajar Institut Al-Quran Sayyidina Ali (MPP) bagi sesi 2017/2018.