Pada 3hb Mei 2019, telah berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Taaruf Huffaz Sesi Mei 2019 yang telah disempurnakan oleh Tuan Md Azhan Bin Samat (Pengarah JAIM), Ustaz Khairul Anuar Bin Yaakob (Ketua Jurulatih PEKDIS), Dato' Hasbullah Bin Wa Daud (Pengurus Kem Permata Resort) dan Usamah Bin Mohamad Muhsin selaku pengetua Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA.

Image may contain: 2 people, people smiling, indoor

Majlis ini merupakan kemuncak penjadualan selama empat hari aktiviti minggu taaruf huffaz bagi mahasiswa/i baru bagi sesi Mei 2019. Majlis yang telah diadakan di Rumah Melaka, Kem Permata Resort ini menyaksikan penyampaian cenderahati kepada para pelajar yang memenangi kumpulan terbaik dan pelajar terbaik sepanjang minggu taaruf huffaz ini. Tahniah diucapkan sekali lagi bagi mahasiswa/i yang dipilih masuk ke Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA ini.

Image may contain: 20 people, people smiling, shoes and indoor

Sekitar Majlis Perasmian Program Minggu Taaruf Huffaz Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA sesi Mei 2019 sempena kemasukan mahasiswa/i baru.

Majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini telah dirasmikan oleh Wakil Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIM Us Mokhtar Bin Mahadi dan Pengetua Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA, Us Usamah Bin Mohamad Muhsin turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Image may contain: 3 people, people standing

Majlis Pembukaan Minggu Ta’aruf juga diserikan dengan bacaan Tarannum dari Us Husni Bin Ali Hassan (Pensyarah IQSA) dan persembahan Qasidah dari para pelajar Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA.

Pada Majlis tersebut, para Mahasiswa/i telah diberikan beg sebagai satu simbolik penerimaan pelajar baru. Tahniah diucapkan kepada para mahasiswa/i baru Institut Al-Quran Sayyidina Ali - IQSA

Image may contain: 14 people, indoor

Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran 2019

18 February 2019, 9:37 am
Published in Blog

Image may contain: 2 people

Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran Kali Ke-6 Institut Al-Quran Sayyidina Ali telah diadakan pada 14 Februari 2019 (Khamis). Bertempat di Mudzaffar Hotel. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Mohd Sofi Bin Abdul Wahab Timbalan Pengerusi MAIM. Seramai 36 orang pelajar Khatam Al-Quran, 36 orang pelajar cemerlang dan 6 orang peserta Pra Syahadah.

Tahniah juga diucapkan kepada Siti Hasnurradiah Binti Jamalluddin kerana mendapat Anugerah Tokoh Huffaz IQSA. Anugerah Khas Syukbah Qiraat Muhammad Aidel Bin Mohd Yassin dan Anugerah Khas Syukbah Pengurusan Halal Nur Insyirah Binti Azman.

Image may contain: 4 people

Sukacita Dimaklumkan bahawa Institut Al-Quran Sayyidina Ali akan mengadakan Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran 2019 pada ketentuan berikut:

Tarikh: 14 Februari 2019 

Masa: 2.30 petang hingga selesai

Tempat: Hotel Muzaffar, Ayer Keroh

Institut Al-Quran Sayyidina Ali akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Sempena Memperingati Mantan Pengetua IQSA pada ketentuan berikut :

Tarikh : 17hb Februari 2019

Masa   : 6.00 Petang

Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Sayyidina Ali